Kelas Usahawan Kecantikan & Penjagaan Wajah

28 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Usahawan Kecantikan dan Penjagaan wajah diadakan pada 27 Julai 2018 di Pusat Internet Jerlun. Kelas ini disertai oleh surirumah dan juga usahawan desa sekitar PI. Program ini bertujuan membantu wanita agar dapat menjana pendapatan dengan kemahiran yang dipelajari. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pemilihan produk penjagaan wajah dan badan yang sesuai dengan jenis kulit dan teknik untuk menjalan kan spa bergerak. Peserta memberi respon yang positif terhadap kelas yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali